13/8/17. Majlis Perasmian rumah panjang tradisi Kg Nongkul, telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pdt Chistopher Ogodong setiausaha umum PCS. Beliau diiringi oleh isteri, anak anak mereka dan adik iparnya. Menghibau kembali usaha membina rumah panjang tradisi Kg. Nongkul yang telah dimulakan pada Januari tahun 2016 dan telah siap dibina pada bulan Ogos tahun 2016, kemudian mula digunakan selepas itu. Idea membina rumah panjang tradisi sebenarnya bermula dari cakap cakap gurau senda ketika menjamu makanan selepas kebaktian Krisimas beberapa tahun yang lepas. Inti percakapan kami masa itu ialah, " Kalaulah ada tempat penginap anggota jemaat yang dari jauh yang datang meriahkan Krismas di kampung Nongkul, boleh juga mereka tinggal untuk satu malam kemudian keesokannya barulah balik ke tempat masing masing". Sejak itu kami tidak berhenti memikirkan bagimana melaksanakan idea untuk membina rumah panjang tradisi untuk kemudahan anggota jemaat yang dari jauh.
Akhirnya ketika sambutan menyambut tahun baru tahun 2016, iaitu pada 31/12/15, kita telah membulatkan tekad untuk membina rumah panjang tradisi pada tahun 2016. Puji Tuhan seawal 9hb Januari 'mokimbabal' untuk kali pertama telah dilaksanakan. Kemudian proses mencari tapak rumah panjang pula menjadi cabar pada masa itu, walaupun kayu bakau bahan binaan telah mula diambil, tapi tapak belum dapat dimuktamadkan, kerana faktor tapak yang sesuai dan dipersetuju bersama oleh tuan tanah.
Pada tahun 2015, idea asal tapak rumah panjang tradisi (RPT) ini adalah di puncak tertinggi bukit Mondohon di sebelah panji. Tapak sudah pun mula dibersihkan, tapi tidak menjadi sebab faktor jarak yang difikirkan. Bayangkan saja perlu mendaki bukit lebih kurang 30 minit, lebih mencabar lagi tiupan angina kencang, tiada bekalan air dan elektrik. Akhirnya kami membatalkan lokasi pembinaan RPT di sana.
Kemudian tapak RPT yang kedua yang dicadangkan di tepi balai raya Kg. Nongkul. Sekali lagi tidak sesuai sebab kawasan yang terhad.Lokasi yang ketiga dicadangkan iaitu di tepi rumah aki Japahal, lokasi ini agak menarik sebab RPT akan kelihatan dari jalanraya dan jarak dari jalan raya hanya beberpa meter sahaja lebih kurang 20 meter. Tapi sekali lagi tidak dapat restu dari empunya tanah yang bersebelahan dengan tapak RPT. Terus terang pada masa itu saya binggung. Ekoran dari cabaran tersebut saya belajar sesuatu, rupanya apa saja aktiviti pembangunan di kampung kalau tiada tanah kampung memang susah dilaksanakan disebabkan masalah tapak.
Akhirnya ketua Kg. Pirig mencadangkan tapak RPT baru adalah di tanahnya sendiri yang dahulunya adalah tapak rumah panjang kerajaan pada tahun 80an sehingga tahun 90an. Puji Tuhan semua setuju, dan bermulalah episod projek membina RPT kg. Nongkul. Haleluya, berkat kerja sama yang tidak berbelah bagi khususnya Ketua Kg. Pirig berjaya juga RPT dibina, tanpa upah dan sumber kewangan dari luar tapi hanya mengharap dari poket orang kampung Nongkul sendiri dan dari orang perseorangan yang dahulunya orang Nongkul tapi kini sudah berhijrah ke bandar turut menyumbang. Inilah sedikit kisah projek membina RPT Kg. Nongkul . Sekian.
Pdt Chistopher sedang menyampaikan khotbah.
Para tetamu yang hadir.
Team disebalik tabir..
Sudut berbeza, tetamu yang hadir.
Gembala Jukilim dan beberapa sumuni sedang mempersembahkan tarian Mogigol Sumundai, tarian tradisi bangsa Rungus.
Hidangan istemewa yang wajip ada...Daging vogok, tapi sayang saya sedang berpantang makan daging sekarang sebab alasan kesihatan. Kolestrol saya tinggi 6.4 (Normal 5.4 dan kebawah).
Pdt Christopher dan isteri.
Pemandangan dari jauh rumah panjang.
Pelawatan kami hari ini, jemaat Kabagaan mereka sedang menjamu selera. Terima kasih kerana datang melawat kami.
Ketua Kg. Dahi, Tuan Ruddy Asangku turut hadir, beliau sedang menghiburkan tetamu dengan lagu rentak Sumazau.
Saya pun mau juga tumpang sekaki bergambar kenangan.
Acara perasmian dengan palungan gong sebanyak 3 kali oleh Pdt Christopher Ogodong.
Kami sedang menjamu selera.
Salah satu bilik.
Koir kami, lagu tema gereja kita " Seia sekata dan seperasaan dalam Kristius"
Kami bergambar kenangan bersama penghotbah.
Saya sedang menyampaikan ucapan selaku pengerusi penganjur dan pengerusi rumah panjang tradisi Kg. Nongkul
Kami sedang berdoa, merendahkan diri di hadapan Tuhan.