Thursday, February 13, 2014

Selamat datang ke homestay Kampung Nongkul Kudat.

Pengenalan

Idea membuka homestay adalah impian kami sejak sekian lama, walaupun tidak ada pengetahuan mendalam dalam bidang ini, hanya berbekalkan keinginan dan minat semata-mata. Kerana kami percaya dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Tujuan pembukaan homestay bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pulangan kewangan, tetapi lebih kepada perkongsian suasanan di kampung kami.

Konsep yang kami tonjolkan ialah alam semulajai, rutin hidup masyarakat kampung dan kebudayaan yang merangkumi pakaian tradisi, muzik, tarian, kraftangan, makanan dan minuman, senibina, sukan tardisi dan sebagainya.

Kampung Nongkul terletak 36km dari pekan Kudat, dihubungkan dengan jalan raya tidak berturap, 3km dari jalan besar Kudat Kota Kinabalu. Kampung ini juga adalah sebahagian daripada kawasan tadahan dan takungan air empangan Milau.

Populasi penduduk lebih kurang 50 orang sahaja dengan 13 buah keluaga. Pekejaan utama penduduk adalah petani tradisi.

Kemudahan asas yang ada, jalan raya tidak berturap dan bekalan eletrik.

No comments:

Post a Comment