Wednesday, May 25, 2016

Shallom semua, tahun 2016 kami membulatkan azam untuk membina sebuah rumah panjang tradisi Rungus untuk kegunaan sendiri dan mungkin juga para pelawat yang bertandang di kampang kami. 9/1/2016 hari pertama proses mokibabal, kami menggunakan kayu bakau sebagi bahan binaan rumah panjang ini.
Second lorry si Jos kami gunakan untuk ke lokasi mengambil kayu baku.

Sampai dilokasi sudah.

Seronok bah kan..

Kasi nyala api dulu, supaya tiada nyamuk

Sebelum bermula kerja menebang dan mengumpul kayu bakau kami cari lokasi untuk tinggalkan bekalan kami.

Belum sampai tengah hari banyak sudah kayu kami tembang dan kumpul

16/1/2016, kali ini saya ikut serta menebang pokok untuk bahan binaan rumah panjang, seronok berada dalam hutan paya bakau, walaupun panas terik tapi tidak terasa bahang matahari sebab diliputi oleh pokok paya bakau. Penat juga menebang dan mengangkat pokok bakau, ditambah lagi dengan lumpur paya bakau. Syukur sebab kami mempunyai semangat kerja sama dan keinginan untuk menjayakan projek ini sehinggakan tidak kisah dengan semua cabaran. Mungkin inilah yang dikatakan kesepakatan. Haleluya.
Kayu baku yang kami ambil kelmarin, kini sudah di tapak pembinaan. 17/1/2016
Nama saya Operal Bagansap...Kami sangat sayang lelaki ini, sebab dia pandai membuat lawak melalui cerita-cerita pengalamannya. 
Tapak sudah dikenal pasti..

21/3/2016, agak perlahan perkembangan projek kami, maklumlah tiada bujet semua kerja gotong-royong. 
Tiang sudah di pasangn

Lepas kebaktian kami melawat tapak benatang

Sudah terasa keseronokan projek ini..

3/4/16, inilah perkembangan projek kami, sekurang-kurangnya ada perkembangan sedikit demi sedikit, semoga Roh Kudus terus mengilhamkan kami sehingga projek ini berjaya disiapkan. 
Tulang lantai sudah di pasang

Rangka bumbung pun mula dipasang

17/4/2016, gembira dalam hati sebab ada juga perkembangan projek kami ini..

Tukang sedang beraksi..

Pandai juga merekakan..

23/4/16. Wira sedang berjuang haha...hari ini saya berkesempatan turut serta membina rumah panjang.
Papan untuk lantai..

24/4/16. Mula pasang lantai..
Lantai

Lantai

Lantai sebahagian kami guna papan supaya senang mogigol nanti..

In progess


1/5/16...Ada perkembangan jugakan...
Rangka bumbung sudah di pasang

Bumbung dan rangka dinding hamper siap dipasang

Lantai bambu..

Lantai bambud di bahagian depan tangga.

Beruti yang saya beli dari uncle Jo

Lantai bambu..

Bambu dari kebun Alus..

8/5/2016..Oleh sebab saya fikir saya tidak mampu turut serta dalam kerja-kerja membina rumah panjang, saya memilih untuk menyumbang dalam bentuk duit, tidak banyak juga RM400 sehingga 8/5/2016, duit itu untuk membeli papan dan beruti 2/4. Saya mengupah uncle Juhani Talo. 
 Amai Operal sedang tawar menawar dengan penjual atap...

Contoh atap

Apa yang mereka cakap ini...

Contoh atap..

Hari ini 14/5/16, kami pergi Tandek membeli atap untuk rumah panjang kami, Saya, Operal dan Akiun (bapa saya) jauh juga  perjalanan kami, jarak dari Nongkul ke tempat ini lebih kurang 80km juga. Tapi tidak apalah sebab semangat mahu jayakan projek membina benatang ini..Harga atap RM1.10 sekeping kami perlu 750 keping, jadi RM825.00 Pengangkutan saya panggil Joslim Opiin, ahli dalam team membina benatang juga, dia minta RM150. Jumlah kos yang saya keluarkan adalah RM975.00 Saya sponsor sepenuhnya. Harap-harap ada pulangan atas pelaburan saya ini dalam masa 5 tahun akan datang. Saya harap begitulah.
 14/5/16 Kerja memasang tulang bumbung sedang dibuat.
 14/5/16. Lantai lansang sudah di pasang..
14/5/16.. Santai dulu sambil memberi sokongan..Haha..

14/5/16. Amai Operal, sedang melaporkan perjalanan mencari atap di Tandek tengah hari tadi.

 14/5/16..Lantai apad sudah siap dipasang
14/5/16. View dari aras ini sangat cantik...
Santai dulu...haha...baru balik dari Tandek bah ini...

14/5/16 Perkembangan sehingga hari ini.
 28/5/16. Sekali lagi saya pergi Tandek, siap sudah atap yang saya oder..Saya bayar habis harga atap ini untuk 750 keping RM825.00
 28/5/16, atap sudah sedia untuk diangkat ke Nongkul
28/5/16. Lepas dari Tandek kami terus ke KK, ada guest mahu masuk homestay kami di Ua1 dan Cyber City2..Kami tidur di hotellah nampaknya.
 30/5/16..pasang atap.
30/5/16..Pasang atap

30/5/16. Ramai yang datang tolong memasang atap

Sehingga 30/5/16, atap sedang dipasang.

30/5/16. Ingatkan tiada orang buat benatang hari ini sebab cuti Kaamatan, rupanya ada juga. Tahniah sebab memberi komitmen yang sangat luar biasa.
19/6/16: Mesyuarat Benatang.

















19/6/16: Perkembangan projek membina rumah panjang tradisi sehingga hari ini.

















26/6/16: Perkembangan projek sehingga hari ini.

















10/7/16: Perkembangan projek sehingga hari ini.



17/7/16: Ini pula adalah gelas.

17/7/16: Nama alat ini adalah Sangit (Bahasa Rungus) kegunaannya adalah tempat meletak air untuk kegunaan dapur.

17/7/16: Nama alat ialah Inontoburui ( Bahasa Rungus), kegunaa untuk tempat menyimpan barang size kecil, seperti pinang, garam, pisau dan lain-lain.

17/7/16: Antara barang tradisi yang telah di letakkan di rumah panjang tradisi. Saya sendiri pun tidak tahu nama barang ini dan kegunaan barangnya.







No comments:

Post a Comment