5/8/19. Team Nongkul Homestay membuat rakaman aktiviti "Mogolinazang" di Mondohon Hill, lebih kurang 20 minit berjalan kaki dari rumah panjang tradisi kg. Nongkul. Kita sangat mengalu alukan pengunjung kita yang sempat mendaki Mondohon Hill mereka adalah Tuan Rimin Oduhau dia bersama ahli keluarganya. Kalau sudi datang lagi hikking di Mondohon Hill. Apa yang menarik di Mondohon Hill, dakian yang tidak lama hanya 15 minit sudah sampai di puncak dengan. Ketika berada di puncak kita disajikan dengan pemandangan alam semulajadi yang sangat cantik iaitu tasik tadahan air empangan Milau (Bekalan air daerah Kudat dan Matunggog dan sebahagian Daerah Kota Marudu), pemandangan bandar Kudat, dan pemandangan bukit bukau dan sebagainya. Kalau bernasip baik kita akan terserempak binatang liar seperti monyet, pelanduk, rusa dan sebagainya. Bagi mereka yang gemar berkhemah boleh juga melakukan aktiviti ini di puncak Mondohon Hill. Jadi jom berkunjung di Mondohon Hill.
No comments:
Post a Comment