27/7/19. Buat pertama kali aktiviti "Mengodop" di rumah panjang berjaya kami lakukan, bulan ini giliran keluarga kami mengodop, bulan seterusnya akan ada lagi keluarga yang mengodop. Tujuan akiviti ini adalah untuk memantau rumah panjang dan memastikan kebersihan terjaga dan memastikan rumah panjang tidak dibiarkan begitu saja. Takut ada "Saraou" datang check-in. Haha. Saraou adalah hantu yang suka mendiami rumah yang terbiar. Tanda tanda rumah ada Saraou badan kita gatal-gatal apabila kita tidur di rumah tersebut.Donggeng orang Rungus. Itu sebab sebelum menggunakan rumah yang sudah lama terbiar, perlu dibersihkan terlebih dahulu, termasuk peralatan dapur dan sebagainya. Moralnya adalah agar kita menjaga kebersihan sebenarnya. Tetapi orang dulu dulu takut ada Saraou.
No comments:
Post a Comment